Pada 26 Jun 2025, YBhg. Dato’ Haji Rosidi bin Hussain, Setiausaha MAINPP mewakili pentadbiran Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) telah mempengerusikan sesi perbincangan susulan bersama wakil daripada Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) bagi pelaksanaan cadangan integrasi maklumat tanah wakaf antara sistem J-GiS dan MAINPP.
Turut serta dalam sesi ini ialah wakil daripada Unit Pengurusan Maklumat Geospatial (PeGIS), Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi Negeri dan Pusat Geospatial Negara (PGN) yang turut sama menyumbang pandangan serta input teknikal ke arah pelaksanaan integrasi sistem secara bersepadu.
Perbincangan ini memberi fokus kepada usaha memperkukuh pengurusan data tanah wakaf melalui pendekatan digital dan sistematik, sejajar dengan aspirasi pendigitalan urus tadbir wakaf di peringkat negeri dan persekutuan.
Semoga usaha strategik ini menjadi langkah ke hadapan dalam memperkasakan pengurusan tanah wakaf Negeri Pulau Pinang secara holistik dan mampan.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |